Monday, 24 December 2012

JATUH BANGUN KEMBALI

Seingat aku, pada tingkatan 4 baru aku pandai menunggang motor. Bukan senang mengasah kemahiran untuk mengawal motor. kerap kali terjatuh. Kesian motor, baru keluar kedai dah jatuh, atas batu pulak. Calar habis set, klau kluar kedai dengan harga RM4750. Kalau set dah calar, first impression orang nak beli pun akan kurang pada orang kebanyakan. Macam lelaki yang nak kahwin, kalau nak carik calon isteri, mesti nak yang cantik-cantik. Lain lah kalau orang mahir, setakat set tu, tak heran sangat lh. Apa yang di lihat adalah dari segi prestasi enjin. Kalau motor cantik, tapi enjin barai, apa guna nya. Pasti kena hantar bengkel untuk servis. Kos untuk servis pun boleh tahan.


Ini lah motor yang selalu jatuh tu, kalau tengok dekat ekor belakang ada patah sikit. Then, brake depan dah senget. Yang tertampal sticker P ade kesan calar. Dekat mudguard depan pon same. satu lagi dekat ekzos. Tapi ini lah motor kebanggaan. First time jatuh dekat jalan batu, sebab nye adalah failure of breaking, yelah, main tekan je break. Second, jatuh dekat bandar, jalan-jalan beraya dengan kawan. menunggang mase tengahari, mana lah nmpak signal kereta buruk bagi signal nak masuk sebelah kiri. Simpang nak masuk Sekolah Sultan Sulaiman kalau tak silap. Mase tu tengah membonceng dengan kawan, rider nye aku, ekor motor kene langgar dengan hood depan kereta proton saga. Dua-dua jatuh, tapi impact dekat ak lh kuat..haha. Jeans dengan baju koyak, break belakang motor patah. Sebab mase tu baru lesen L, kalau nak salah kan kereta tu pn xdapat. Confirm aku yang salah nanti. Nak tak nak, terpaksalah mengalah, nasib baik tuan kereta pun baik. Di sebabkan eksiden di Jalan besar, cepat-cepat aku dengan member aku blah dari tempat kejadian. Mampus wo kalau tunggu lama-lama, takut 750 datang, tak pasal-pasal kene tarik balik lesen L. Kalau kene tarik, memang lama lah kalau nak buat balik. Setakat jatuh, luka pon tak teruk sangat, pastu terus balik rumah. Ada satu lagi aku jatuh, jatuh masa dekat corner di jalan ke padang midin. Konon-konon nak jadi macam Rossi, tup2 torgolek, nasib baik tak kene langgar dengan hilux. Dua tiga kali jugak bergolek atas jalan. Memang pedih masa tu, sengal badan. Kalau tak silap, aku jatuh mase cuti sem time aku belajar di KMJ. Cuti dua minggu je, ingat nak cuti lagi seminggu, tapi xdapat, lepas check kat klinik. Doktor cakap tak ade ape-ape. Rehat 2,3 hari lepas tu ok lah. Tapi ada niat lain. Niatnye nak tunggu Walid balik dari trip. Nak ambik buah tangan. Mane tak nye, kalau walid pergi trip, aku xde kat rumah. Kena sebat ngan adik-adik semua. Balik rumah je, nampak plastik. Banyak lagi kes jatuh motor, tapi tak ingat dah, makin tua makin cepat lupa. Tapi sekarang makin elok. Jarang sudah jatuh motor.

GAMBAR IHSAN DARI WAJDI
Lain motor lain ragam nya. Di bintulu pon jatuh juga. First time jatuh di bumi kenyalang sebab langgar bola. memang pelik bunyi nya, tapi itu lah hakikat nya. Mase tu on the way nak medan. ada satu bukit yang perlu di turuni. kebetulan masa ak nak turun, ade lah brader2 tengah syok main bola kat dalam rumah sewa mereka sampai lupa nak tutup pagar. Takdir tuhan, boleh tu bergolek keluar dari kawasan rumah. lepas tu, reflek otak berfungsi, nak pulas minyak kuat-kuat atau break. Tapi ape kan daya, motor yang berkuasa 100cc tak dapat melepasi bola itu, dan2 bola tersangkut bawah enjin motor. Jatuh lah aku buat pertama kali nya di Bintulu. Kali ke dua aku jatuh, ketika menjadi Field Crew untuk Borneo International Kite Festival 2012. Jadi kuli je pon, tapi dapat upah. Tu yang semangat nak pergi cepat2. Jatuh mase tu pon dekat selekoh, salah sendiri rasanya. Tak boleh nak salah kan takdir. Ibu jari kaki berdarah, 4 hari seksa. Moral nya di sini, usah takut untuk jatuh motor, haha =)

No comments:

Post a Comment