Monday, 24 December 2012

BERMAIN DENGAN WARNA

SCHEME COLOUR ASAL
Agak bosan bila melihat motor yang di beli setahun yang lalu. Warna agak pudar. So, cuti mid sem ni, aku berhajat nak tukar colour lain. Fikir punya fikir, datang lah satu ilham. Walaupun tak cantik mana, nekad jugak nak buat sebab lama aku fikir untuk scheme color yang baru.

SCHEME COLOUR BARU
Walaupun di lukis tak sama dengan motor, tapi ini lah yang di hasil kan. Tengah study untuk test, tiba2 idea datang. Asalnya nak buat colour silver dengan merah. Tapi akhir nya terpaksa akur dengan colour silver grey dengan merah. Sebelum start cuti mid sem, aku kira lah bajet untuk spray. kira2 dalam RM50. RM40 untuk spray dan RM10 lagi untuk kertas pasir dan salotep. RM40 dapat lah 4 tin spray, sebabnya harga di Sarawak memang mahal banyak kalau nak di banding kan dengan semenanjung. 1 tin RM10, 4 tin RM40.

BARISAN TIN SPRAY
Spray yang di beli ad 2 jenis. 1 Anchor, 1 lagi Samurai. Dari kiri gambar, Samurai White, untuk undercoat layering, di sebabkan Colour asal body adalah hitam, kalau terus lapik dengan colour silver grey, colour silver grey tak akan menyerlah dan akan nampak sedikit kehitaman, boleh untuk terus sembur silver grey, tapi tak cukup kalau guna 2 tin, paling kurang memerlukan 4 tin silver grey. 2 dari kiri gambar adalah Diamond Metallic Clear. Function nye adalah sebagai lapisan terakhir untuk kekemasan yang lebih halus. Kalau spray gune tin, colour akan nampak kasar, so, kebanyakan orang akan lapik dengan clear untuk menghaluskan lagi colour. 3 dari kiri adalah Vermillion Red, colour yang aku nak spray dekat rim. 1 tin pun cukup. 4 & 5 dari kiri gambar adalah Silver grey. Pada awl nya, aku ingat kan cukup kalau guna 2 tin, tapi hakikat nye tidak. banyak incident yang kurang menyenangkan berlaku. 6 dari kiri gambar adalah spray brand Anchor, colour hitam. Undercoat putih dengan spray hitam tu dah lama di beli. Buat cukup syarat je letak dalam gambar.




2 jenis kertas yang di beli. boleh di jumpai di kedai hardware. Tapi yang ni, di beli di supermarket Farley....haha. 1 kertas gred 800 di mana warna nya adalah kelabu.  Untuk menggosok bahagian plastik, kertas pasir yang di gunakan adalah bergred 600 dan keatas. ini kerna, ia nya sama sekali tidak akan merosak kan permukaan plastik. Manakala yang berwarna hitam adalah kertas pasir bergred 80. sesuai untuk menggosok bahagian besi. Di sebabkan motor aku banyak bahagian plastik, kertas pasir bergred 800 di utamakan.




Salotep kertas function untuk membalut bahagian yang tidak perlu di spray seperti lampu, signal, brake dan meter. RM 2 satu.







JATUH BANGUN KEMBALI

Seingat aku, pada tingkatan 4 baru aku pandai menunggang motor. Bukan senang mengasah kemahiran untuk mengawal motor. kerap kali terjatuh. Kesian motor, baru keluar kedai dah jatuh, atas batu pulak. Calar habis set, klau kluar kedai dengan harga RM4750. Kalau set dah calar, first impression orang nak beli pun akan kurang pada orang kebanyakan. Macam lelaki yang nak kahwin, kalau nak carik calon isteri, mesti nak yang cantik-cantik. Lain lah kalau orang mahir, setakat set tu, tak heran sangat lh. Apa yang di lihat adalah dari segi prestasi enjin. Kalau motor cantik, tapi enjin barai, apa guna nya. Pasti kena hantar bengkel untuk servis. Kos untuk servis pun boleh tahan.


Ini lah motor yang selalu jatuh tu, kalau tengok dekat ekor belakang ada patah sikit. Then, brake depan dah senget. Yang tertampal sticker P ade kesan calar. Dekat mudguard depan pon same. satu lagi dekat ekzos. Tapi ini lah motor kebanggaan. First time jatuh dekat jalan batu, sebab nye adalah failure of breaking, yelah, main tekan je break. Second, jatuh dekat bandar, jalan-jalan beraya dengan kawan. menunggang mase tengahari, mana lah nmpak signal kereta buruk bagi signal nak masuk sebelah kiri. Simpang nak masuk Sekolah Sultan Sulaiman kalau tak silap. Mase tu tengah membonceng dengan kawan, rider nye aku, ekor motor kene langgar dengan hood depan kereta proton saga. Dua-dua jatuh, tapi impact dekat ak lh kuat..haha. Jeans dengan baju koyak, break belakang motor patah. Sebab mase tu baru lesen L, kalau nak salah kan kereta tu pn xdapat. Confirm aku yang salah nanti. Nak tak nak, terpaksalah mengalah, nasib baik tuan kereta pun baik. Di sebabkan eksiden di Jalan besar, cepat-cepat aku dengan member aku blah dari tempat kejadian. Mampus wo kalau tunggu lama-lama, takut 750 datang, tak pasal-pasal kene tarik balik lesen L. Kalau kene tarik, memang lama lah kalau nak buat balik. Setakat jatuh, luka pon tak teruk sangat, pastu terus balik rumah. Ada satu lagi aku jatuh, jatuh masa dekat corner di jalan ke padang midin. Konon-konon nak jadi macam Rossi, tup2 torgolek, nasib baik tak kene langgar dengan hilux. Dua tiga kali jugak bergolek atas jalan. Memang pedih masa tu, sengal badan. Kalau tak silap, aku jatuh mase cuti sem time aku belajar di KMJ. Cuti dua minggu je, ingat nak cuti lagi seminggu, tapi xdapat, lepas check kat klinik. Doktor cakap tak ade ape-ape. Rehat 2,3 hari lepas tu ok lah. Tapi ada niat lain. Niatnye nak tunggu Walid balik dari trip. Nak ambik buah tangan. Mane tak nye, kalau walid pergi trip, aku xde kat rumah. Kena sebat ngan adik-adik semua. Balik rumah je, nampak plastik. Banyak lagi kes jatuh motor, tapi tak ingat dah, makin tua makin cepat lupa. Tapi sekarang makin elok. Jarang sudah jatuh motor.

GAMBAR IHSAN DARI WAJDI
Lain motor lain ragam nya. Di bintulu pon jatuh juga. First time jatuh di bumi kenyalang sebab langgar bola. memang pelik bunyi nya, tapi itu lah hakikat nya. Mase tu on the way nak medan. ada satu bukit yang perlu di turuni. kebetulan masa ak nak turun, ade lah brader2 tengah syok main bola kat dalam rumah sewa mereka sampai lupa nak tutup pagar. Takdir tuhan, boleh tu bergolek keluar dari kawasan rumah. lepas tu, reflek otak berfungsi, nak pulas minyak kuat-kuat atau break. Tapi ape kan daya, motor yang berkuasa 100cc tak dapat melepasi bola itu, dan2 bola tersangkut bawah enjin motor. Jatuh lah aku buat pertama kali nya di Bintulu. Kali ke dua aku jatuh, ketika menjadi Field Crew untuk Borneo International Kite Festival 2012. Jadi kuli je pon, tapi dapat upah. Tu yang semangat nak pergi cepat2. Jatuh mase tu pon dekat selekoh, salah sendiri rasanya. Tak boleh nak salah kan takdir. Ibu jari kaki berdarah, 4 hari seksa. Moral nya di sini, usah takut untuk jatuh motor, haha =)

BRAIN THOUGHT

Kau tahu apa erti resah?
Bila kudrat ini bergerak bila kau meminta

Mengerti apa itu sayang?
Jauh perjalanan aku ulanginya kembali

Mengerti yang ak rindu?
Mata meliar bagai peluru

Mengerti itu marah?
Mengalir darah merah ke muka menahan amarah

Tapi aku bodoh
Mencintaimu heboh

Thursday, 15 November 2012

MANUSIA YANG BIJAK

Manusia yang bijak adalah manusia yang selalu mengingati mati
kematian tidak mengenal usia
selagi kita hidup cari lah amal sbnyk mugkin

Monday, 5 November 2012

MENANGISLAH WAHAI JIWA

Entah mengapa makin hari makin susah untuk menangis
Dalam tangisan ada manisnya

Tahun 2005 di KOSPINT
adalah tangisan yang paling manis pernah di rasai
Setelah selesai Maghrib berjemaah pada hari khamis, menjadi adat turun temurun di kolej itu untuk mengadakan zikir munajat, 
Dan pada malam itu lah aku menangis kerana HALAWATUL IMAN


[ Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: 
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, 
mencintai seorang hanya kerana Allah,
tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka ]

Wednesday, 31 October 2012

TO BELIEVE OR NOT TO BELIEVE

  Some says that to success you need to work hard. Some agree with this and some are not. There are people out there that do not have to go through all of the hardship to success. Some of them might be the son  of the king, prime minister, head minister or in Malaysia there are term called Dato' and datok (Dato' are the awards that are given by state that have Sultan (Raja), while Datok are given by The Agong (Head Of The Malaysia Country) to the people of the state that do not have Sultan (Raja). Some of the state are Melaka, Wilayah Perseketuan, Sabah and Sarawak.)

  But out there, there are people who try hard, but do not gain the success that they claim for. From my religious view (ISLAM), that are called QADA' AND QADAR. it means that, from you are one days old and until you are called back by the God Of All Mighty (ALLAH), all of your life aspect has been planned by him. no matter how hard you try, or how hard you push, if he allow it, you will make it. So, our job as the slave of him need to try and make a Doa to him, so that all of hardship will be paid by him one day, InshaAllah.

Monday, 4 June 2012

TERIME KASIH TRAFIK!!!!




TERIMA KASIH TRAFIK, AKU BAWAK MOTO BURUK KO TAHAN, ORG LAEN BAWAK KERETA BARU, MOTO BARU KO X TAHAN..............CELAKA!!!!!!!!!!!!!!